Saya nak kurus, nak jugak!!! Oppss
rasanya ramai dikalangan anda yang sememangnya kerap mendengar kata –
kata pembakar semangat tersebut bukan? Tapi seberapa kerap anda lihat
yang melakukan apa yang diperkatakan? Jom bersama aie aka darkbatman untuk memberikan sedikit info tentang kesihatan terutama bagi mereka yang inginkan badan yang kacak dan solid molid. ahaha.
Pada saya, nak kuruskan badan ini takde
lah susah mana cuma sukar sedikit saja. heh! Macam mana yer? Anda perlu
ada tekad aka kesungguhan dan juga strategi yang mantap. Tapi masuk saja
tentang strategi, ramai yang tahu tapi berapa ramai yang sanggup
amalkan? heh! Takpe saya faham kesulitan anda semua tetapi bak kata
orang lama ”sharing is caring but the power of determination is up to oneself”’. Erk apa yang saya mengarut ini yer? ahaha.
Hari ini saya mahu berkongsi beberapa
petua yang agak berkesan bagi mereka yang comel. Bagi yang dah mempunyai
badan cantik, sila jangan baca. heh! Tips pertama untuk kuruskan badan adalah anda perlu tahu cara untuk mengurangkan kalori yang mengemukkan badan anda. ahaha.
1. Sediakan senarai makanan anda setiap hari dengan jumlah kalori sekali.
2. Sebelum makan, haruslah minum terlebih dahulu supaya anda tak makan dengan banyaknya. ahaha.
3. Lebihkan sup daripada nasi kerana kalori dalam sup lebih rendah.
4. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis
5. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.
Tips kedua kuruskan badan; Sediakan jampi aka motovasi supaya anda setia dengan apa yang anda sedang lakukan.
”Saya tahu saya sangat cantik apabila saya kurus”.
heh! Tak salah bagi anda untuk memuji diri sendiri dan bagi saya,
pujian merupakan pembakar semangat untuk berusaha lebih keras. ahaha. ‘alahai, jojo struys mesti akan terpikat kalau perut saya tidak terboroi kehadapan”. Fikir-fikirkan lah yer!
Nampak agak pelik bukan tetapi pernah
tak anda ternampak apabila berjogging petang pastinya ada sepasang suami
isteri yang berlari bersama – sama?Sebenarnya berjogging berdua lebih
cepat membakar lemak kerana ”apabila bersama insan tersayang, kadang-kadang masa yang berlalu terasa baru sekejap”. Lelaki terutamanya apabila melakukan sesuatu perlu ada penggerak utama baru kerja akan berjalan dengan cepat.